CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 4 Mei 2012

#situasi 40# Kata Santun

Assalamualaikum semua...

Sememangnya dalam kehidupan kita dan pergaulan sehari-hari, sudah tentu kita berusaha untuk bersikap sopan kepada semua masyarakat lain.sikap sopan haruslah wajib dilakukan oleh anggota pramuka dalam bertutur kata. Hal ini bukan sesuatu yang berat untuk kita mengucapkan nya sebagai dasar cara bergaul kita dan juga bertutur kata, malahan, akan mendapatkan simpati dari orang lain. Untuk pengetahuan anda semua, 4 kunci kata santun yang perlu kita tahu, iaitu;

Khamis, 3 Mei 2012

#situasi 39# Percampuran Kod

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya akan membincangkan topik yang berkaitan tentang percampuran kod. Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana di sini terdapat pelbagai etnik seperti Melayu, China, dan India dan beberapa kumpulan minoriti, iaitu suku-suku kaum asli Temiar, Jakun, Semang, dan sebagainya. mereka menuturkan pelbagai jenis bahasa. Sementara di Sabah terdapat lebih daripada 50 jenis bahasa antaranya bahasa Kadazan, Dusun, Melayu Brunei dan Bajau. Di Sarawak pula terdapat lebih kurang 32 jenis nahasa seperti bahasa Iban, Bidayuh, Melanau, dan Kenyah. Setiap kaum yang berlainan ini menggunakan bahasa masing-hmasing dalam aktiviti harian mereka kecuali apabila mereka berhubung dengan kaum-kaum lain maka bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi atau bahasa Inggeris atau campuran kedua-duanya akan digunakan bersama-sama dengan dialek masing-masing. 

Rabu, 2 Mei 2012

#situasi 38# Program Pemodenan bahasa

Assalamualaikum semua,,,

Hari ini saya akan membincangkan tentang beberapa program yang dilakukan dalam aktiviti pemodenan bahasa. Pelbagai program yang telah dilaksanakan, antaranya Bank Isltilah berkomputer dalam Talian (Bikomta), Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau, Pembinaan dan Peemantapan Korpus Bahasa melayu, Sebutan Baku bahasa Melayu, Penyusunan dan Penulisan Sejarah bahasa Melayu, Kodifikasi bahasa melalui Perkamusan dan Pengkomputeran bahasa Melayu.

Selasa, 1 Mei 2012

#situasi 37# Guru Bahasa Melayu dan Bahasa

Assalamualaikum semua...

Perbincangan hari ini adalah berkaitan tentang guru bahasa Melayu dan juga kaitannya dengan bahasa. Sememangnya menjadi guru bahasa Melayu adalah sangat sukar kerana perlu menggunakan bahasa baku yang sebeul-betulnya kerana untuk menjadi model kepada pelajar dalam menggunakan perkataan yang betul dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang salah akan menyebabkan guru akan mengalami masalah yang besar dalam mendidik pelajar dan hilang rasa hormat pelajar kepada guru tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...