CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 2 Mei 2012

#situasi 38# Program Pemodenan bahasa

Assalamualaikum semua,,,

Hari ini saya akan membincangkan tentang beberapa program yang dilakukan dalam aktiviti pemodenan bahasa. Pelbagai program yang telah dilaksanakan, antaranya Bank Isltilah berkomputer dalam Talian (Bikomta), Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau, Pembinaan dan Peemantapan Korpus Bahasa melayu, Sebutan Baku bahasa Melayu, Penyusunan dan Penulisan Sejarah bahasa Melayu, Kodifikasi bahasa melalui Perkamusan dan Pengkomputeran bahasa Melayu.


Di sini saya mengambil salah satu contoh progran pemodenan bahasa, iaitu Bank Istilah berkomputer dalam talian (BIKOMTA). DBP telah menubuhkan Bikomta yang merupakan satu sistem penyimpanan dan perekodan maklumat tentang istilah yang diterbitkan oleh DBP dengan menggunakan komputer kerana penggunaan komputer dalam kerja peristilahan kini semakin meningkat. Sisitem ini dimulakan pada awal tahun 1980-an dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Keupayaan Bikomta ini juga sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan menyediakan maklumat yang tuntas dan kemas kini tentang sesuatu istilah.

Sekian, terima kasih.:)


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...