Assalamualaikum semua...
Perbincangan hari ini adalah berkaitan tentang guru bahasa Melayu dan juga kaitannya dengan bahasa. Sememangnya menjadi guru bahasa Melayu adalah sangat sukar kerana perlu menggunakan bahasa baku yang sebeul-betulnya kerana untuk menjadi model kepada pelajar dalam menggunakan perkataan yang betul dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang salah akan menyebabkan guru akan mengalami masalah yang besar dalam mendidik pelajar dan hilang rasa hormat pelajar kepada guru tersebut.
Pada hari ini, guru kebanyakannya kerap menggunakan bahasa campurannya atau bahasa singkatannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh mencacatcelakan pengajaran guru tersebut kerana penggunaan yang salah dalam penggunaan bahasa baku bahasa Melayu tersebut. Oleh hal yang sedemikianlah guru bahasa Melayu dan juga bahasa sangat berkaitan rapat antara satu sama lain. Sebagai contoh penggunaan bahasa yang salah yang sering gunakan adalah seperti;
kat sini = di sini
ok = baiklah
cikgu nak = cikgu hendak
Contoh di atas adalah antara kesalahan bahasa yang digunakan oleh guru tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi kesalahan yang digunakan guru bahasa Melayu tanpa disedari oleh mereka. Hal ini akan menjadi perintis sebenar oleh semua para guru untuk berusaha memperbaiki penggunaan bahasa masing-masing dalam kehidupan seharian kerana meupaka tunggak kepada kemajuan bahasa didala negara.
Sekian, terima kasih.:)
0 comments:
Catat Ulasan