CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 3 Mei 2012

#situasi 39# Percampuran Kod

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya akan membincangkan topik yang berkaitan tentang percampuran kod. Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana di sini terdapat pelbagai etnik seperti Melayu, China, dan India dan beberapa kumpulan minoriti, iaitu suku-suku kaum asli Temiar, Jakun, Semang, dan sebagainya. mereka menuturkan pelbagai jenis bahasa. Sementara di Sabah terdapat lebih daripada 50 jenis bahasa antaranya bahasa Kadazan, Dusun, Melayu Brunei dan Bajau. Di Sarawak pula terdapat lebih kurang 32 jenis nahasa seperti bahasa Iban, Bidayuh, Melanau, dan Kenyah. Setiap kaum yang berlainan ini menggunakan bahasa masing-hmasing dalam aktiviti harian mereka kecuali apabila mereka berhubung dengan kaum-kaum lain maka bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi atau bahasa Inggeris atau campuran kedua-duanya akan digunakan bersama-sama dengan dialek masing-masing. 


Percampuran Kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, China, Tamil, dan suku kaum serta dialek tempatannya. sebagai contoh;

takde mood
naik hot

Sekian, Terima kasih.:)





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...