CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 29 April 2012

#situasi 36# Perancangan Bahasa (Perkamusan dan Tatabahasa)

Assalamualaikum semua...

Topik yang akan dibincangkan hari ini adalah berkaitan tentang perancangan bahasa Melayu. Dalam usaha menyahut perkembangan bahasa dan kebudayaan, DBP juga telah menerbitkan beberapa buah kamus untuk menjadi panduan masyarakat. Menurut Ismail Yusoff dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru, Pada tahun 1970, DBP telah berjaya menerbitkan kamus umum dan bahasa kebangsaan,
iaitu Kamus Dewan. Kemudian diikuti dengan Kamus Bahasa Edisi Pelajar, 1975; Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa malaysia, 1979; Kamus Berilustrasi untuk Sekolah Rendah dan Kamus Istilah dalam pelbagai bidang. Selain itu, DBP juga turut menyusun tatabahasa Melayu Baku (Standard) pada tahun 1980. Pembakuan tatabahasa ini bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan penggunaan bahasa Melayu di negara Malaysia, Indonesi, dan Brunei Darussalam.

            Walau bagaimanapun, kita perlulah memikirkan pelbagai cara untuk mengembangkan bahasa dan juga sastera kebangsaan. DBP juga harus melibatkan semua kaum dalam aktiviti kebahasaan. Usaha harus digalakkan untuk menarik minat mereka menjayakan program kebahasaan tersebut. Hal tersebut dapat mengubah tanggapan kaum bukan Melayu bahawa program bahasa yang dianjurkan oleh DBP hanya untuk orang Melayu semata-mata. Kita tidak mungkin dapat menanamkan semangat mencintai bahasa kebangsaan dalam kalangan orang bukan Melayu seandainya mereka hanyalah sebagai pemerhati. 

Sekian, terima kasih..:)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...