aku terdampar dalam kelam malam...menunggu sang pencinta dtg dan menjemput diri ke alam kayangan yang indah dan damai...aku terlutut menunggu sang pencinta, mencari keredhaan dari yang maha esa. jika manusia bertanya. siapakah sang pencinta tersebut? aku hanya tersenyum dan menghala jari telunjuk ke dalam hati ini... ya !!! sang pencinta aku berada di dalam hati. jangan ditanya siapa dan bagaimana... kerana..aku xd jawapan bg pihak tersebut.
aku???terpana dalam kelam malam, menanti sang pencinta menyampaikan isi hati seperti setiap malam biasa. menanti kalimah2 geemersik kalbu sehingga tersayat di dalam sanubari, menanti pelukan mesra walhal berada jauh nun di sana...
Allah...sesungguhnya benar aku mencintai dirinya sentiasa. benar dia menjadikan diri aku berada dekat dgnmu...n benar dia insan mulia yang aku pernah aku kenal selama ini melainkan ayahandaku yang tercinta. Allah.,,,kabulkanlah doaku untuk bersama dgnnya selamat hayat dikandung badan, selama nyawa berlegar di permukaan badan, dan selama Engkau memberikan nafas yang panjang.
sang pencinta...jika engkau menjadi pujaan ramai org, aku hanya duduk tersenyum memandang sejuk wajahmu... kerana? aku tidak sanggup melihat engkau menjadi pujaan ramai orang...kerana? aku tidak mahu kasih sayangku berkongsi dgn ramai org...dan kerana? aku tidak boleh menjadi seorang yang hipokrit, tersenyum, tetapi hati yang berdarah...
jikalau aku tiada di dunia ini...hanya iringan syahdu akan ku bawa bersama dgn kenanganmu sang pencinta...
tanganku tadah hanya kebahagiaan engkau dunia dan juga akhirat. :)
Isnin, 6 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan