CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 29 April 2012

#situasi 36# Perancangan Bahasa (Perkamusan dan Tatabahasa)

Assalamualaikum semua...

Topik yang akan dibincangkan hari ini adalah berkaitan tentang perancangan bahasa Melayu. Dalam usaha menyahut perkembangan bahasa dan kebudayaan, DBP juga telah menerbitkan beberapa buah kamus untuk menjadi panduan masyarakat. Menurut Ismail Yusoff dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru, Pada tahun 1970, DBP telah berjaya menerbitkan kamus umum dan bahasa kebangsaan,

Jumaat, 27 April 2012

#situasi 35# Seminar memartabatkan bahasa Melayu

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya akan membincangkan tentang tajuk yang berkaitan dengan bahasa Melayu kita, iaitu seminar memartabatkan bahasa Melayu. Salah satu cara yang dilakukan oleh DBP adalah dengan mengadakan seminar dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam kalangan belia pelbagai kaum. Dalam seminar tersebut menekankan setiap pemimpin belia perlu mengambil peluang untuk berwacana dan berdiskusi serta memberikan pendangan daripada kaca mata belia untuk menarik belia bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Hal itu sudah pasti menjadikan golongan tersebut akan menjadi input kepada DBP untuk merancang beberapa strategi memartabatkan bahasa kebangsaan, khususnya dalam kalangan belia pelbagai kaum. 

Khamis, 26 April 2012

#situasi 34# Pelat atau Telor

Assalamualaikum semua...

Pelat merupakan kesukaran seseorang menyebut sesuatu perkataan dengan betul sama ada sebutan huruf atau ayat tersebut. Pelat kebanyakannya berlaku dalam kalangan orang cina, India, Inggeris, atau sebagainya dalam menggunakan perbualan dalam bahasa Melayu. Fenomena pelat ini juga semakin menjadi-jadi pada hari ini, sama ada dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa.

Rabu, 25 April 2012

#situasi 33# Bahasa Jawa

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya membincangkan sedikit tentang bahasa jawa. Bahasa Jawa juga merupakan rumpun bahasa Melayu kita. Bahasa ini tentulah masih lagi hidup hingga pada hari ini. Bahasa ini juga kebanyakannya terdapat di negeri johor yang berketurunan jawa. Bahasa jawa sangat indah penggunaannya dan memiliki beberapa tahap di dalam bahasa tersebut. 

Mari sebutkan bahasa jawa ini dan  akan membantu anda menyebutkan ayat mudah dalam bahasa jawa. Walau bagaimana pun anda sebenarnya masih memerlukan bantuan seorang rakan yang mahir berbahasa jawa. Bahan yang saya sediakan di sini hanyalah sekadar rujukan dan kemudahan untuk anda.

Aku sibuklah -Saya sibuk
Aku arep endang -Saya nak cepat
Aku ora sedih -Saya tidak sedih
Aku ngantuklah -Saya mengantuk
Aku ijik enum -Saya masih muda
Aku yakin -Saya pasti
Aku iso nulong koe -Saya boleh bantu awak
Aku ora eleng -Saya tidak ingat
Aku ndu'e duit -Saya ada duit
Aku mesti lungo saiki -Saya harus pergi sekarang
De'ea kok koyok nesu -Dia seperti merajuk
De'ea Ora ngombe teh -Dia tidak minum teh
De'ea ora sidoh lungo -Dia tidak jadi pergi 

sekian terima kasih...:)

Isnin, 23 April 2012

#situasi 32# Bahasa dan manusia

Assalamualaikum semua...

Jumpa lagi kita untuk membicangkan tentang tajuk bahasa dan manusia. Sesungguhnya, bahasa dan manusia sememangnya tidak boleh dipisahkan sama sekali. Hal ini kerana, perkara ini telah muncul sejak zaman batu dahulu lagi.Bahasa akan mempengaruhi sesuatu manusia tersebut dan menjadikan sifat ketamdunan budaya sesuatu bangsa. Manusia tidak boleh lari dengan bahasa yang telah diberi padanya sejak kecil lagi, tidak kira bahasa apa sekaipun. 

#situasi 31# Kesantunan Berbahasa

Assalamualaikum semua...

Pada hari ini, manusia sudah kurang mempunyai aspek kesantunan berbahasa dalam kehidupan. kesantunan berbahasa adalah sangat penting bagi semua golongan untuk menampakkan bahawa kita adaah sebuah negara yang bertamadun. Kesantunan berbahasa bukan sahaja digambarkan melalui percakapan semata-mata, malahan juga dapat ditunjukkan melalui tingkah laku seseorang tersebut. 

Jumaat, 20 April 2012

#situasi 30# Bahasa Baku

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya akan membicarakan serba sedikit tentang bahasa baku yang digunakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Bahasa baku merupakan ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum).

Khamis, 19 April 2012

#situasi 29# Keluarga Bahasa melayu

Assalamualaikum semua...

Apa yang kita tahu, bahasa Melayu terletak dalam kelompok keenam, iaitu bahasa Austronesia. Sarjana dahulu memanggil kelompok ini bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa ini tersebar dalam satu kawasan yang luas, iaitu dari Taiwan di utara membawa ke New Zealand di Selatan, dan dari pulau Krismas di Timur hingga ke pulau Madagascardi barat. Bahasa-bahasa Austronesia pula terbahagi kapada tiga kelompok, iaitu Nusantara, Melanesia, dan Polinesia.

Rabu, 18 April 2012

#situasi 28# Antonim

Assalamualaikum semua...

Saya akan memberi sedikit maklumat kepada kawan-kawan semua apa yang dikatakan tentang antonim tersebut. Antonim merupakan "nama" atau "anti" yang bererti "melawan", iaitu berasal daripada perkataan bahasa Melayu kuno, iaitu "onoma".(Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin 2004: 263)

Selasa, 17 April 2012

#situasi 27# Sinonim

Assalamualaikum semua...

Hari ini kita akan membincangkan tentang topik kata sinonim..Untuk mendefinisikan sinonim ada tiga batasa yang dapat dikemukakan. Batasa atau definisi tersebut ialah:

Isnin, 16 April 2012

#situasi 26# Makna Denotatif dan Konotatif

Assalamualaikum semua...

Perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan tentang makna denotatif dan juga makna konotatif. Rakan-rakan, makna denotatif menurut Abdullah Yusuf merupakan makna asli, atau makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata.

Jumaat, 6 April 2012

#situasi 25# Penggunaan "ialah" dan "adalah"

Assalamualaikum semua...

Pada hari ini saya akan membincangkan tentang penggunaan perkataan "ialah" dan "adalah" dalam penulisan harian serta percakapan harian kita. Kebanyakan ramai orang salah menggunakan perkataan ini untuk memberi definisi sesuatu perkara tersebut.

Khamis, 5 April 2012

#situasi 24# Bahasa Halus

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya membincangkan tentang bahasa halus. Bahasa halus merupakan penggunaan perkataan yang lebih lembut untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perkataan perasaan orang lain. Sebagai contoh, perkataan meninggal dunia menggantikan perkataan mati.

Rabu, 4 April 2012

#situasi 23# Kesalahan Bahasa

Assalamualaikum semua...

hari ini saya akan membincangkan tentang kesalahan yang biasa dilakukan oleh penutur dalam percakapan dan penulisan sehari-hari. kesalahan tatabahasa yang dilakukan adalah dengan seringkali menyebut perkataan;

naik ke atas
turun ke bawah

Selasa, 3 April 2012

#situasi 22# Gaya Bahasa

Assalamualaikum semua...

Gaya bahasa menurut Nik Hassan Basri merupakan cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarangdalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang duhasilkan. 

Isnin, 2 April 2012

#situasi 21# Kaya Kata Melayu

Assalamualaikum semua...

Jumpa lagi kita pada hari ini. Saya akan membincangkan tentang semua jenis perumpamaan Melayu pada hari ini. perumpamaan melayu seperti bidalan, pepatah-petitih, kata-kata pujangga, hadis Melayu, perbilangan, gurindam, seloka, tamsil, peribahasa, simpulan bahasa, ibarat, serta perumpamaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...