Assalamualaikum semua...
Pelat merupakan kesukaran seseorang menyebut sesuatu perkataan dengan betul sama ada sebutan huruf atau ayat tersebut. Pelat kebanyakannya berlaku dalam kalangan orang cina, India, Inggeris, atau sebagainya dalam menggunakan perbualan dalam bahasa Melayu. Fenomena pelat ini juga semakin menjadi-jadi pada hari ini, sama ada dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa.
Pelat dan telor mempunyai makna yang berbeza, hal ini kerana, telor merupakan bunyi sebenar sesuatu bangsa tersebut dan bukan disebabkan pelat. Telor bukan disebabkan masalah kesukaran menyebut perkataan tersbut, bahkan sememangnya penyebutan bahasanya tersebut lebih mempengaruhi kepada budaya dan bangsanya sendiri.
Sebagai contoh, pelat boleh diklasifikasikan seperti sukar menyebut perkataan "r", "s", da sebagainya. kesukaran menyebut huruf disebut adalah disebabkan oleh pelat yang dialami oleh sesetengah masyarakat dan bukan dikenali sebagai telo.
0 comments:
Catat Ulasan