CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 19 April 2012

#situasi 29# Keluarga Bahasa melayu

Assalamualaikum semua...

Apa yang kita tahu, bahasa Melayu terletak dalam kelompok keenam, iaitu bahasa Austronesia. Sarjana dahulu memanggil kelompok ini bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa ini tersebar dalam satu kawasan yang luas, iaitu dari Taiwan di utara membawa ke New Zealand di Selatan, dan dari pulau Krismas di Timur hingga ke pulau Madagascardi barat. Bahasa-bahasa Austronesia pula terbahagi kapada tiga kelompok, iaitu Nusantara, Melanesia, dan Polinesia.


Bahasa Melayu termasuk ke dalam kelompok bahasa Nusantara. Bahasa Nusantara pula terbahagi kepada dua, iaitu kelompok bahasa Nusantara Barat dan Nusantara Timur.

  1. Nusantara Barat - Kelompok Nusantara Barat mencakupi bahasa Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya, dan lain-lain.
  2. Nusantara Timur - Kelompok Nusantara Timur pula mengandungi bahasa Solo, Roti, Sika, dan lain-lain.
  3. Bahasa Melayu - Penggolongan bahasa ini menunjukkan bahasa Melayu sekeluarga dengan bahasa-bahasa di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Murut, Melanau, Bajau, dan lain-lain. Tetapi kadar perkembangan setiap bahasa ini berlainan. Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kawasan ini menyebabkannya berkembang lebih pesat daripada bahasa-bahasa lain. 
sekian, Terima Kasih..:)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...