Assalamualaikum semua...
Jumpa lagi kita pada hari ini. Saya akan membincangkan tentang semua jenis perumpamaan Melayu pada hari ini. perumpamaan melayu seperti bidalan, pepatah-petitih, kata-kata pujangga, hadis Melayu, perbilangan, gurindam, seloka, tamsil, peribahasa, simpulan bahasa, ibarat, serta perumpamaan.
Bidalan merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Dalam bidalan terkandung perbandingan, tauladan, dan juga pengajaran. sebagai contoh bidalan adalah seperti jangan bawa resemi jagung, makin berisi makin tegak yang membawa maksud semakin kaya semakin sombong.
Pepatah-petitih merupakan sejenis PERIBAHASA yang mebgandungi unsur-unsur nasihat atau ajaran dari orang-orang tua. Sebagai contoh hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati yang bermaksud budi baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya.
Kata-kata pujangga pula merupakan kata-kata hikmah yang indah dan sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa. Sebagai contoh kata pujangga adalah seperti jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci yang terakhirlah yang akan dapat membuka kunci yang bermaksud berusahalah sehingga berjaya tanpa berputus asa.
Dalam kamus dewan edisi keempat Perbilangan merupakan peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan dan undang-undang dan nasihat yang dapat dijadikan pegangan. Sebagai contoh hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yang membawa maksud seseorang yang memang menginginkan sesuatu akan mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh.
menurut Kamus pelajar Gurindam merupakan sajak dua baris yang berisi nasihat dan pengajaran. Sebagai contoh, apabila anak tidak dilatih, bila besar bapanya letih yang membawa maksud anak haruslah dilatih sejak kecil supaya tidak menyusahkan bapa apabila besar.
menurut kamus pelajar, seloka merupakan puisi yang berbentuk pengajaran. sebagai contoh, Buah pinang buah belimbing, Ketiga dengan si buah mangga, Sungguh senang berbini sumbing, walau marah ketawa juga.
Menurut kamus pelajar edisi kedua, tamsil merupakan contoh atau ajaran yang terkandung dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk yang bremaksud semakin berilmu semakin merendah diri.
Menurut kamus dewan edisi keempat, peribahasa merupakan sebuah kata yang mempunyai pergentian yang tertentu, kata-kata yang indah, dan mengandungi erti-erti yang tertentu. Sebagai contoh,
Menurut kamus pelajar edisi kedua, simpulan bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna-makna yang tertentu. Sebagai contoh,
Ibarat pula merupakan satu perumpamaan yang mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud tersirat. Sebagai contoh,
Menurut kamus pelajar, perumpamaan merupakan peribahasa yang berupa perbandingan dan berunsur pengajaran. sebagai contoh,
sekian, jumpa lagi.,:)
0 comments:
Catat Ulasan