Assalamualaikum semua...
Hari ini saya akan membincangkan tentang tajuk yang berkaitan dengan bahasa Melayu kita, iaitu seminar memartabatkan bahasa Melayu. Salah
satu cara yang dilakukan oleh DBP adalah dengan mengadakan seminar dalam
memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam kalangan belia pelbagai kaum. Dalam
seminar tersebut menekankan setiap pemimpin belia perlu mengambil peluang untuk
berwacana dan berdiskusi serta memberikan pendangan daripada kaca mata belia
untuk menarik belia bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Hal itu sudah
pasti menjadikan golongan tersebut akan menjadi input kepada DBP untuk
merancang beberapa strategi memartabatkan bahasa kebangsaan, khususnya dalam
kalangan belia pelbagai kaum.
Selain itu, dalam seminar tersebut
juga boleh memberi input bahawa sebagai negara yang didiami oleh pelbagai kaum,
bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dapat menyatukan rakyat negara ini
yang mempunyai pelbagai kepercayaan, ideologi, budaya dan juga agama.
Kepelbagaiandan perbezaan tersebut juga jika tidak diurus dengan bijaksana akan
menjadi “senjata” yang mampu merobek perpaduan kaum di negara ini. Oleh hal
yang sedemikian, kerajaan telah mengangkat serta menobatkan bahasa Melayu
adalah sebagai bahasa Kebangsaan dan justeru berperanan dalam alat perpaduan
sesebuh kaum. Hal ini juga kerana, dengan bahasa, kita dapat berkomunikasi
antaran satu sama lain dengan baik. Dengan bahasa juga kita dapat mengenal
budaya serta dapat mengangkat bahasa jiwa bangsa.
sekian, terima kasih.:)
0 comments:
Catat Ulasan