Assalamualaikum semua...
Pada hari ini, manusia sudah kurang mempunyai aspek kesantunan berbahasa dalam kehidupan. kesantunan berbahasa adalah sangat penting bagi semua golongan untuk menampakkan bahawa kita adaah sebuah negara yang bertamadun. Kesantunan berbahasa bukan sahaja digambarkan melalui percakapan semata-mata, malahan juga dapat ditunjukkan melalui tingkah laku seseorang tersebut.
Segala jenis perbuatan yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa akan menggambarkan sevara tidak langsung pekerti manusia. Sebagai contoh, adab berbicara dengan ibubapa, rakan, guru, dan masyarakat lain haruslah mempunyai adab dan peraturannya yang tertentu. Tata panggilan juga haruslah digunakan dengan betul seperti tuan, puan, makcik, saya, awak, dr, professor, dan juga sebagainya. Hal ini demikian kerana, penyalahgunaan panggilan menjadikan seseorang tersebut lebih bersikap kurang ajar.
minah : saya minta maaf puan kerana terlanggar puan.
Pn. Shara : tidak mengapa, saya juga salah kerana jalan tidak pandang ke hadapan.
minah : saya harap Puan maafkan saya.
Pn. Shara : baiklah..usah awak risau ya.
sekian terima kasih...;)
0 comments:
Catat Ulasan