Assalamualaikum semua...
Perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan tentang makna denotatif dan juga makna konotatif. Rakan-rakan, makna denotatif menurut Abdullah Yusuf merupakan makna asli, atau makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata.
Umpamanya adalah seperti kata "kurus" bermakna denotatif yang mana ertinya "keadaan tubuh seseorang yang lebih kecil dari ukuran yang normal". Kata "bunga" pula bermakna denotatif iaitu 'kuntuman bunga di taman bunga".
Makna konotatif pula merupakan makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif tadi yang berhubungan dengan nilai rasa dari orang atau kelompok orang yang menggunakan kata tersebut.
Umpamanya, kata "kurus" pada contoh di atas berkonotasi atau membawa erti yang tidak begitu indah. Tetapi "ramping" iaitu sebenarnya bersinonim dengan kata "kurus" itu memiliki konotasi positif dan membawa nilai rasa yang positif.
sekian...jumpa lagi.:)
0 comments:
Catat Ulasan