CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 5 Mac 2012

Bahasa Rojak

"i nak u dinner bersama i this malam ok." Seringkali kita mendengar kebanyakan masyarakat penutur menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan harian mereka. Bahasa yang digunakan disebut sebagai BAHASA ROJAK. Sindrom ini semestinya akan membawa impak yang negatif kepada masyarakat Melayu pada hari ini. Bahasa rojak merupakan bahasa campuran pelbagai bahasa dalam sesi perbincangan atau perbualan sama ada percampuran bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Hal ini akan menjadikan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang sangat lemah. Selain itu juga, kita jug dapat lihat bahasa penggunaan bahasa rojak pada hari ini boleh dianggap seperti "cendawan tumbuh selepas hujan". Dimana-mana sahaja masyarakat akan bertutur dengan memcampuradukkan bahasa. Hal ini juga menjadi sangat bahaya apabila pelajar sekolah akan menggunakan bahasa rojak tersebut dalam penulisan karangan waktu peperiksaan akibat daripada kebiasaan mereka bertutur dengan sedemikian rupa.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...