CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 27 Mac 2012

#situasi 17# Kesalahan penggunaan 'dari' dan 'daripada'

Assalamualaikum semua...



Hari ini saya akan membincangkan tentang kesalahan segelintir masyarakat dalam menggunakan kosa kata "dari" dan "daripada". Hal ini sangat merunsingkan kerana kesalahan penggunaan kata ini sudah semakin menjadi-jadi bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan". Oleh itu, kali ini saya akan membetulkan kesalahan penggunaan kata tersebut supaya kita dapat menggunakannya dengan betul dalam perbualan harian kita.

Perkataan "dari" harus digunakan apabila perkataan selepasnya menunjukkan kata arah, tempat dan juga masa. Sebagai contoh;

Ibu dari pasar.
aina telah menonton persembahan itu sejak dari waktu pagi. 
bunyi ketukan itu dari hadapan.

Manakala, perkataan "daripada" pula harus digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan tentang pnca bagi manusia, haiwan, institusi, benda, dan juga unsur mudarat. Sebagai contoh;

Salmah telah menerima sepucuk surat daripada ibunya yang sedang berada di London. 
Kain yang dipakai oleh Datin Halimah diperbuat daripada Sutera.
Adik lebih tinggi daripada abang.

Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan.

sekian, Jumpa lagi semua.:)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...