Bahasa Sindiran merupakan perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya dikias-kiaskan dan diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka disebut secara terang-terangan. Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknanya daripada perkataan yang dikatakan dengan terus terang, misalnya:
Buah langsat kuning mencelah,
kedukan tidak berbunga pagi,
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.
Ungkapan di atas membawa maksud menyidir seseorang yang tiada endah lagi akan sahabatnya atau kekasihnya yang lama kerana sudah dapat yang baru dan lebih baik.
Demikianlah serba sedikit mengenai bahasa kiasan yang dapat saya kongsikan secara ringkas. Apa yang penting di sini, masyarakat dahulu mengamalkan bahasa kiasan apabila ingin menegur seseorang yang melakukan kesilapan demi menjaga hati dan maruah antara satu sama lain.
0 comments:
Catat Ulasan