CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 21 Mac 2012

#situasi 13# Bahasa SMS Menconteng Bahasa Standard

assalamualaikum semua....

Perkara yang tidak dapat dinafikan ialah daya kreatif diperlukan untuk mencipta bahasa SMS. Walaupun mencemarkan bahasa standard, bahasa SMS dapat digunakan dengan cara yang positif.

Sistem mesej singkat (SMS) secara perlahan-lahan telah memberikan momentum kepada pengguna dalam penghantaran mesej berbentuk jimat. Kini SMS merupakan satu daripada cara yang paling cepat dan murah untuk berkomunikasi berbanding dengan panggilan keluar, pesanan suara atau akses web.

 SMS dapat dapat dihantar ke telefon bimbit sebagai mesej teks  tanpa mengganggu orang lain di sekeliling, tanpa mengia masa, sama ada ketika sedang sibuk dengan kerja yang penting atau sedang bermesyuarat, ataupun di mana-mana sahaja tempat suara panggilan tidak dibenarkan. Dengan kata lain, penggunaan SMS dapat berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.


yang berikut ialah contoh perkataan yang sering digunakan oleh remaja dalam SMS:

BELAJAR                     :    bljr
SAHAJA                       :    jer
JUMPA                         :    jpa
NANTI                         :    nti
HENDAK                     :    nk   

Daripada contoh tersebut, didapati bahawa pengguna bahasa SMS memerlukan daya kreatif dan kemahiran untuk mewujudkan singkatan bagi perkataan tertentu di samping teknik membentuk ayat agar mesej dapat dihantar kepada penerima dengan segera. 

Dengan hal yang demikian, bahasa dalam mesej tersebut didapati sentiasa tidak mematuhi peraturan tatabahasa standard dan tidak mematuhi ejaan perkataan yang betul. Namun begitu, bahasa SMS telah begitu meluas digunakan dalam kalangan remaja dan telah meyakinkan penggunanya bahawa bahasa tersebut hampir dianggap sebagai daftar bahasa yang baharu. 

Dalam hal itu, teknologi maklumat, khususnya telefon bimbit, telah memberikan sumbangan terhadap daya kreatif berbahasa dalam kalangan remaja, khususnya, dan masyarakat, amnya.

jumpa lagi....=)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...