A : aq b0hsyan larh ngawn kaw ni...
B : kitew g mkn samew2 nnt aw...
C : woii budaq ! aq x sukewlarh ngan kow nie!
D : esoq sayew nark masoq ghumah ngan awaq erk...sayew takowt r...
E : cheett !! aq marawh btowl r ngan budaq gilew tuee !!!
Pernahkah kita mendengar situasi penulisan tersebut berlaku? seharusnya ialah YA, kerana tahap budaya dengan menggunakan bahasa yang rosak tersebut semakin menular dalam kalangan anak remaja kita pada hari ini. situasi tersebut sangat mencemarkan bahasa ibunda kita. Adakah mereka sedar atau tidak dengan penulisan mereka sedemikian akan menyebabkan kesan buruk yang sangat ketara kepada bahasa. Golongan perosak bahasa ini perlu di ambil cakna supaya tidak mengundang pelbagai spekulasi seterusnya akan menjadi satu bahan sampingan bagi pihak luar dalam mengeksploitasi bahasa ibunda kita. justeru itu kita sebagai golongan pencinta bahasa haruslah cepat dalam menghapuskan segala golongan perosak bahasa ini.
Oleh hal yang sedemikian, kita haruslah menjaga bahasa kita daripada dicemari dengan bahasa-bahasa yang boleh merosakkan kosa kata yang telah kita perolehi... hal ini juga ditakuti kerana perosak bahasa ini telah menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan. untuk memastikan hal ini tidak berlanjutan, golongan PENCINTA BAHASA haruslah melakukan tindakan yang sewajarnya...saya sayang bahasa Melayu..:)
0 comments:
Catat Ulasan