Asslammualaikum semua...
Seperti yang telah kita ketahui, kefasihan berbahasa dapat membantu seseorang itu dalm menyampaikan idea.:)
Bukannya mudah untuk menyampaikan idea, terutama ketika berucap kepada khalayak. Namun demikian, perkara tersebut dapat dilakukan jika seseorang itu tahu akan caranya.
Idea mudah tercetus daripada benak fikiran seseorang. Ada pelbagai cara seseorang itu mengetengahkan ideanya. Ada yang menyampaikannya secara langsung dan juga secara tidak langsung. Kaedah menyampaikan idea pula dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu secara mendadak, tanpa persediaan, secara spontan dan secara teks.
Guru merupakan salah seorang contoh terbaik dalam aspek kefasihan berbahasa tersebut. Guru sentiasa mempunyai idea sama ada idea tersebut adalah benar ataupun tidak, tetapi guru sememangnya fasih dalm berkata-kata supaya pelajar dapat belajar dengan baiknya. Kefasihan berbahasa sangat penting supaya guru tidak teragak-agak dalam membicarakan sesuatu hal.
sekian, terima kasih..:)
0 comments:
Catat Ulasan