CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 11 Mac 2012

BERBUDI BAHASA

Orang Melayu kita kaya dengan adab dan juga budaya berbudi bahasa. Oleh hal yang sedemikian, kita sebagai orang Melayu haruslah menjuga adab dan tatasusila sama ada kepada orang yang lebih tua mahupun orang yang lebih muda. hal ini kerana, kata-kata akan melambangkan siapakan seseorang itu, sama ada baik ataupun yang kurang sopan dan adab.
Di sini, inigin saya kongsikan pengalaman bagi seorang wanita yang bergelar orang Melayu, tetapi mempunyai adab yang kurang sopan serta hanya kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya. Seorang juruwang wanita yang sentiasa maki hamun pelanggan walhal hal seremeh mungkin. Tua atau muda tidak dfikirkan kerana kuasa nafsu lebih besar daripada kuasa akal. Dimanakah budi bahasa juruwang tersebut? dimanakah nilai Melayu yang sering diuar-uarkan? tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, kita haruslah berbudi bahasa, berkata dengan lemah lembut, bercakap dengan sopan antara satu sama lain jika kita mahukan orang lain menghormati diri kita. HIDUP MELAYU!!!:)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...