assalammualaikum semua...
Lelaki warga Sindapura itu bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancarnya. Walaupun bukan penutur aslinya, dia mampu menyusun kata-kata dengan menggunakan bahasa itu dengan sebaiknya. Lawan bicaranya pula menggunakan bahasa Inggeris. Berjauhan dengan penutur jati bahasa Melayu sendiri yang kian merosot penggunaan bahasa bakunya berbanding dengan penggunaan bahasa sistem mesej singkat yang makin meningkat.
Penggunaan bahasa sistem mesej singkat sebenarnya tidak akan menyebabkan kepupusan sesuatu bahasa itu jika ditinjau dari sudut positif. Hakikatnya, dunia hari ini menginginkan penghuninya bergerak lebih pantas. Bahasa turut menjadi mangsa apabila sesetengah perkataannya disingkatkan bagi memenuhi keperluan komunikasi. Namun demikian, bahasa yang sentiasa digunakan pasti tidak akan pupus walau dalam bentuk apa-apa sekalipun.
Menjadi masalah adalah apabila baahsa sistem mesej singkat digunakan dalam konteks rasmi, termasuklah ketika pelejar menjawab soalan peperiksaan. Yang dikhuatiri ialah penularan pemakaian bahasa demikian apabila pelajar tersebut, walaupun segelintir, memasuki dunia kerjaya setelah menamatkan pengajian. Sesuatu hal yang sudah menjadi amalan sukar untuk diubah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
0 comments:
Catat Ulasan