CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 16 Mac 2012

Kesantunan Berbahasa

"awak begitu sedih pada hari ini"..."apa-apa masalah kita boleh berkongsi bersama"...

Proses kesantunan berbahasa amat penting dalam setiap kehidupan manusia. Kita sebagai manusia haruslah mempunyai nilai bahasa yang tinggi supaya orang lain juga menghormati kita sebagaimana yang ingin kita kehendaki. kesantuanan berbahasa merupakan satu proses dengan menggunakan bahasa yang baik dan elok sama ada melalui verbal ataupun bukan nonverbal.

Kesantunan berbahasa bukan sahaja boleh dilakukan di tempat-tempat rasmi, bahkan ia juga boleh berlaku di tempat awam sama ada di sekolah, pasar tani, kedai makan, dan sebagainya. hal ini akan menggambarkan orang Melayu sememangnya mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi. kesantunan berbahasa dengan menggunakan bahasa yang baik seperti saya, awak, kamu, mereka, dan sebagainya.

Kita dapat menghayati semua aspek kesantunan berbahasa apabila melihat seseorang tersebut berbicara dengan menggunakan setiap konteks kata-kata, gerakan tubuh badan, serta konteks matanya. apabila seseorang itu ikhlas menyatakannya, beliau dapat mengeluarkan kata-kata yang baik dan boleh mempengaruhi si pendengar. walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa amat penting dalam kehidupan seharian kita bagi mencerminkan keperibadian seseorang tersebut.:)


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...