Budi dan bahasa umpama tubuh,
Bersatu bagaikan nyawa dan roh,
memberikan cahaya hidup seluruh,
penuh berjaya berjiwa kukuh.
Berbudu baik amalan terpuji,
Berperangai jahat perbuatan keji,
Segala tingkah laku mesti dikaji,
Setiap yang baik akan dipuji.
Indahnya budi kerana bangsa,
Santun berbahasa kita sentiasa,
Jujur berbicara setiap masa,
Tinggi terpuji maruah bangsa.
Berbuat baik kepada ibubapa,
Tingkah laku mestilah dijaga,
walau berada di mana-mana sahaja,
Bahasa dijaga tutur dipelihara.
Ornag berbudi menjaga santun,
Sentiasa indah ketika ditonton,
Menjadi telada turun-temurun,
Berbicara baik di hadapan penonton.
Hidup jangan selalu bergaya,
Lagak sonbong kaya-raya,
Ketika memandu di Lebuh Raya,
Dalam kehidupan di mana-mana sahaja.
Jauh riak dan juga nifak,
Boleh merosak memusnahkan akhlak,
Untuk berjaya sampai ke puncak,
Berbudi bahasa di lebuh sesak.
Selasa, 6 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan