CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 28 Mac 2012

#situasi 18# Kesan Komunikasi Tanpa Etika

Assalammualaikum semua...

Hari ini saya akan membincangkan tentang komunikasi berbahasa tanpa etika akan membawa kesan buruk kepada seseorang itu. Komunikasi tanpa etika boleh mengakibatkan berlakunya konflik antara pihak-pihak yang terlibat. hal ini dapat dilihat apabila sesuatu komunikasi yang berlangsung itu melibatkan perkara-perkara negatif seperti fitnah, penipuan, sikap suka mengadudomba, dan sebagainya. 


Perkara-perkara seperti ini sudah pastinya akan membawa kesan negatif kepada masyarakat. Konflik yang dimaksudkan ini boleh melibatkan pergaduhan, peperangan, bahkan akibat yang lebih buruk adalah yang melibatkan pembunuhan. Pelanggaran etika komunikasi juga boleh mengakibatkan pengeksploitasian terhadap kaum yang lemah, seperti wanita, dan kanak-kanak. perkara seumpama ini biasanya berpunca daripada hasutan. 

Bukan itu sahaja, dalam zaman yang canggih ini juga komunikasi boleh berlangsung dalam pelbagai bentuk dan situasi. Komunikasi yang melibatkan media, seperti internet kini banyak membantu manusia untuk berhubungan secara global. Namun demikian, tidak dinafikan juga bahawa media komunikasi tersebut juga menyebarkan perkara-perkara yang tidak baik seperti video-video dan gambar-gambar lucah.

Oleh hal yang sedemikian, kita haruslah memperbaiki  cara etika berkomunikasi kita dengan cara yang betul supaya masyarakat memandang hormat kepada kita. :)

sekian...jumpa lagi.;)


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...